Ketidakhadaman

Punca & Gejala

Hampir setiap orang pernah mengalami ketidakhadaman sekali-sekala. Tetapi bagi sesetengah orang, ia adalah kejadian harian yang mengurangkan kualiti hidup mereka*

Ketidakhadaman semasa hamil juga boleh berlaku; perubahan fizikal tubuh memberi kesan kepada pengeluaran hormone. Baca lebih tentang perkara ini di laman kehamilan kami.

Gejala-gejala Ketidakhadaman

Ketidakhadaman boleh menyebabkan:

  • Sakit sedikit di belakang rusuk.
  • Perut berkeroncong atau berdeguk.
  • Perut rasa tersimpul atau kejang.
  • Rasa terbakar di dalam perut.

Jadi, apa penyebab ketidakhadaman?

Ketidakhadaman biasanya disebabkan oleh asid berlebihan yang menyentuh lapisan sensitif di dalam perut, usus, atau esofagus—menyebabkan sakit dan bengkak. Ini boleh menyebabkan kesakitan yang terasa seperti terbakar di dalam perut—terutamanya jika lapisan pencernaan anda sangat sensitif.

Ketidakhadaman disebabkan pelbagai punca—tidak kesemua kita sama.

Ketidakhadaman boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Makan berat.
  • Makan terlalu cepat.
  • Makanan berlemak atau pedas.
  • Tekanan dan kegelisahan.
  • Alkohol.

Mujur Gaviscon di sini untuk membantu.

Soalan-soalan Lazim

Ketidakhadaman boleh melanda bila-bila masa dan boleh disebabkan oleh perubahan dalam diet, tekanan berlebihan, atau punca-punca lain. Jika ketidakselesaan berpanjangan, sila rujuk dengan doctor anda.

Ketidakhadaman boleh merangkumi ketidakselesaan dan sakit perut, serta sembelit dan cirit-birit. Gejala-gejala lain termasuklah refluks asid, kembung, angin, atau loya.

Beberapa factor perlu diambil kira, seperti terlebih makan atau makan terlalu cepat. Makanan-makanan berlemak, berminyak, atau pedas juga boleh menjadi punca; kafein, alcohol, coklat, atau minuman bergas juga boleh menyebabkan ketidakhadaman.

Rawatan

Gaviscon Double Action memberikan kelegaan daripada ketidakhadaman, yang bermakna anda boleh meneruskan kehidupan sehari-hari. Ambil 10–20ml (dua ke empat sudu 5ml) selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari.

Hamil? Rangkaian Gaviscon sesuai untuk diambil semasa hamil dan menyusu.

Semua maklumat yang diberikan di sini tidak dimaksudkan sebagai diagnoses atau preskripsi. Jika gejala menjadi teruk atau berpanjangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi. Sentiasa baca label yang tertera.

1. Hanya berkenaan dengan Gaviscon Original (Sachet) dan Gaviscon Double Action (Bottle & Sachet)
2. Hanya berkenaan dengan Gaviscon Original (Bottle & Sachet), Gaviscon Double Action (Bottle & Sachet) dan Gaviscon Advance