Double Action

Pil
Rawati gejala-gejala anda serta-merta dengan Gaviscon Double Action dan dapatkan kelegaan cepat berganda daripada pedih ulu hati dan ketidakhadaman
Jenis
Perisa
  • Pudina

Dos dan Amaran

Pil: Orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: 2–4 pil selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari. Kanak-kanak bawah 12 tahun: Hanya ambil menurut nasihat perubatan. Jika gejala berpanjangan selepas 7 hari, rujuk doktor anda

Sachet: Orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: Satu ke dua sachet 10ml selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari. Kanak-kanak bawah 12 tahun: Hanya ambil menurut nasihat perubatan. Jika gejala berpanjangan selepas 7 hari, rujuk doktor anda.

  • Jauhkan daripada kanak-kanak
  • Ubat ini mengandungi natrium alginat, natrium bikarbonat, dan kalsium karbonat. Jika anda telah dinasihatkan untuk mengikuti diet yang menghadkan garam-garam ini, sila rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat ini
  • Jangan gunakan produk ini selepas Tarikh luput (bulan/tahun)
  • Sentiasa baca label.

Ramuan Aktif

  • 500mg Natrium alginat (setiap 10 ml)
  • 213mg Natrium bikarbonat (setiap 10 ml)
  • 325mg Kalsium karbonat (setiap 10 ml)

Bagaimana Gaviscon Double Action bertindak

Gaviscon Double Action ialah produk terlaris dalam keluarga Gaviscon, dan status ini diperolehi daripada keberkesanannya dalam memberikan kelegaan daripada pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Gaviscon Double Action bertindak serta-merta dengan dua cara:

  1. Melalui komponen antasidnya, ia meneutralkan asid perut berlebihan untuk membantu melegakan rasa tidak selesa.

  2. Melalui alginat (yang diperhalusi daripada rumpai laut), ia membentuk lapisan perlindungan di atas kandungan perut untuk melegakan rasa terbakar di dalam dada dan mencegah refluks.

Rumusan cecair Gaviscon tidak mengandungi gula atau gluten, jadi anda boleh mengambil produk ini semasa hamil atau menyusu sambal menikmati kelegaan berganda daripada pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Rumusan natrium alginat

Natrium alginate diekstrak daripada dinding sel rumpai laut. Ia membantu perut menyekat asid daripada naik, iaitu punca utama ketidakselesaan, pedih ulu hati, dan ketidakhadaman yang dikenali oleh penderita.

Soalan-soalan Lazim

Gaviscon Double Action memberikan kelegaan berganda daripada gejala-gejala pedih ulu hati dan ketidakhadaman dan dirumuskan untuk bertindak dalam dua cara. Ia bukan sahaja membentuk lapisan perlindungan di atas kandungan perut untuk mengekang refluks asid yang menyebabkan ketidakselesaan, malah ia juga meneutralkan asid perut berlebihan. Pendekatan berganda yang efektif ini membantu melegakan ketidakselesaan.

Tekanan perasaan adalah antara punca utama. Ia menggunakan prostaglandin dalam badan yang melindungi kita daripada asid perut.

Cuba:

  • Tidur malam secukupnya. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan kortisol berlebihan beredar di dalam sistem badan. Kortisol merupakan hormon stres, dan gangguan sedikit pun ke atas kebiasaan tidur anda akan meninggikan tahap kortisol sehingga 24 jam kemudian.
  • Senaman—ini merangsang kesejahteraan anda.
  • Makan lebih perlahan dan berpada-pada.
  • tabiat yang tidak sihat.

Anda juga boleh cuba mengurangkan saiz makanan anda dan berwaspada dengan makanan pedas (salah satu punca utama juga).

Ibu-ibu hamil juga lebih cenderung untuk mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Perut yang membesar memberikan tekanan ke atas system penghadaman dan menjadikan pedih ulu hati realiti dalam kehidupan hamil.

Cari Gaviscon berhampiran anda